Lantai Vinyl terbaru.

Apakah itu Lantai VINYL dan kenapa saya memilihnya:

1. Sangat sesuai untuk rumah di Malaysia di mana penggunaan Mop basah adalah rutin harian untuk mengilap lantai.

2. Vinyl sungguh senyap bila dipijak. Tidak mengelembung, tidak merekah atau terkopek yang mungkin disebabkan oleh kelembapan serta gurisan.

3. Ianya sangat tahan anai-anai, tahan air atau kelembapan dan tahan dari kekotoran yang melampau.

4. Ianya juga tahan panas dan tidak mudah terbakar dan jaminan selama 15 tahun.

5. Kita boleh merasakan ianya seperti kayu tulin dengan libih dari 8 corak pilihan.


KELIHATAN SEPERTI KAYU

                        PERASAAN SEPERTI KAYU

          LEBIH BAIK DARIPADA KAYU






 


Tips membina bilik air dengan cara yang betul

Bilik Air adalah boleh diertikan juga Bilik Mandi atau Tandas atau Kedua-duanya sekali dalam satu tempat atau di bahagikan di dalam satu tempat.

Seperti yang kita ketahui bilik air adalah tempat untuk kita menyucikan diri dan juga menyelesaikan hajat. Ianya amat penting bagi kita untuk mengetahui cara yang betul untuk membina tandas anda samaada mengikut kaedah islam atau membina mengikut kaedah yang betul agar ianya tidak menimbulkan masaalah kelak. Masaalah yang timbul biasanya berkaitan dengan kebocoran, bau, lokasi dan juga ergonomik. Biasanya kita tidak mengambil berat keadaan ini dan kita juga tidak cuba belajar memahami dan mengetahui keadaan sebenar tandas kita dan bila timbul masaalah kita tidak dapat mengagak apakah kibatnya. Selalunya kita hanya memgharapkan kontraktor yang menyelesaikannya bagi pihak kita. Sepatutnya kitalah yang lebih mengetahui apakah sebabnya kerana tandas itu kepunyaan kita. Mari kita sama-sama ambil tahu agar kita tidak tertipu oleh Kontraktor yang anda lantik.

Pembinaan Asas Tandas

Mengikut kaedah yang dianjurkan oleh Islam, tandas sebaik-baiknya
1. Berada di luar rumah.
2. Tandas, tempat mandi dan juga tempat berwuduq perlu diasingkan
3. Tandas tidak terletak dihadapan tempat bersolat.
4. Mangkuk tandas tidak mengadap kiblat ataupun membelakangkan kiblat. Sepatutnya mengadap ke timur atau ke barat.
5. Pintu tandas mestilah ditutup penuh agar tidak boleh dilihat dari atas atau dari bawah. Maksudnya tandas mesti dijadikan tempat paling "privacy".
6. Pastikan ianya paling bersih dan kalau tidak ianya menjadi tempat kediaman Syaitan.
7. Jangan jadikan tandas tempat bacaan, mendengar musik atau menonton sesuatu.

Kita perlu sedar pembinaan tandas adalah yang paling mahal sekali semasa kita membina rumah dan yang paling perlu diberikan perhatian khusus. Mari kita belajar sama-sama..

Keperluan..
1. Tandas mestilah diatur dengan sempurna contohnya:-

     - Di mana perlu di letakkan kawasan pembentongan.

     - Di manakah laluan Paip pembentugan. Penting agar paip pembentungan di buat menggunakan UPVC 6" dan sebolehnya dikurangkan selekoh dan paip memerlukan kecerunan yang cukup untuk pengaliran ke tempat pembentungan. Kita juga perlu memastikan perangkap bau di pasang dengan sempurna samaada tandas tersebut di tingkat bawah ataupun di tingkat atas.

     - Aturan Paip air juga perlu dirancang dengan baik. Biasanya paip air mengunakan paip jenis ABS berwarna biru. Paip ABS ini jauh lebih baik daripada PVC yang berwarna kelabu. Biasanya jenama dari ButtLine adalah yang terbaik keran ia menggunakan sistem "Clamping". Di dalam tandas ada 4 saluran paip air iaitu untuk sinki, mandian, untuk cucian dalam tandas dan juga untuk pam tandas.

     - Pembinaan tandas mestilah menggunakan bata merah "Clay Brick". Ini sangat penting kerana Bata Merah jauh lebih baik daripada Bata Pasir dari segi kurang penyerapan dan kalis kebocoran.

     - Semasa membina lantai, lapisan kalis air sangat penting. Saya sangat percaya Bahan kalis air yang dikeluarkan oleh Bina Waterproofing Malaysia adalah paling sesuai dalam keadaan cuaca Malaysia hari ini. Paling kurang, lapisan kalis air mestilah di sapu pada tiga lapisan yang berlainan arah dan setiap lapisan mestilah di biar kering sekurang-kurangnya 8 jam. Kemudian lapisan "Memberain" juga perlu dipasang bagi mengawal dari keretakkan. "Memberain" adalah satu lapisan getah setebal 9mm yang dibakar untuk cantuman. Ianya sangat elastik dan sekiranya berlaku pergerakkan tanah yang sedikit ianya masih boleh membantu.

    - Paling penting, lapisan kalis air ini perlu diberi perhatian  pada kawasan saluran air keluar di lantai. Biasanya kebocoran akan berpunca dari sini.

    - Pemilihan konkrit lantai juga amat penting dan juga BRC yang digunakan juga perlu di ambil kira. Konkrit mestilah yang dicampur dengan bahan kalis air. Kecondongan lantai juga perlu di ambil kira dengan baik agar tiada air bertakung di atas lantai.

   - Pastikan susun  atur di dalam tandas boleh memudahkan pergerakkan kita. Di manakah letaknya sinki?. Pastikan ketinggian sinki sesuai dengan ketinggian kita dan cermin muka yang sesuai.

   - Tempat mandian mestilah di letakkan dalam kawasan yang bertutup walaupun ianya terletak di dalam kawasan tandas.

   - Asingkan juga tempat mangkuk tandas dengan tempat mandian.

   - Pemilihan mangkuk tandas juga perlu diberi perhatian. Sebaiknya anda perlu memilih mangkuk tandas mengikut keselesaan anda, jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu rendah serta kelebarannya mengikut kesesuaian anda.

  - Bidet juga perlu dipilih mengikut kesesuaian anda. Sekirannya mangkuk tandas anda besar, anda boleh pilih bidet jenis "Spray" kalau tidak gunalah bidet yang tidak menggunakan "Spray" agar ianya selesa semasa membasuh.

  - Pemilihan Jubin di dalam bilik mandi juga sangat penting. Kalau boleh Jubin tidak terlalu licin dan dari jenis "Homogenius" supaya tahan pecah. Warna cerah adalah lebih baik agar suasana tandas  kelihatan besar dan bersih. Penggunaan warna hitam agak tidak sesuai kerana ia boleh mewujudkan suasana tidak selesa. Kalau boleh biarlah Jubin dinding dipasang hingga ke siling.

 - Pendawaian juga perlu di atur dengan sempurna. Pencerahan lampu juga sangat penting, kalau boleh biarlah lampu itu 6500D super daylight. Pastikan membuat pendawaian "water heather" dengan kaedah yang betul sebaik-baiknya gunalah cable 4.00mm atau setidaknya 2.5mm (Pastikan cable yang digunakan grade A atau jenama MEGA made in Malaysia)

- Pemilihan Pintu juga sangat penting, anda boleh menggunakan pintu dari jenis aluminium "folding" agar boleh menjimatkan wang. Pintu bilik mandi boleh menggunakan "tempered glass".


In Sha Allah sekiranya kita mengikut kaedah pembinaan yang betul, tiada masaalah akan timbul di kemudian hari. Kebersihan itu amat penting. Pastikan anda menyucinya setiap hari

Sekian,

MOHD YUSRI EFFENDI
Yusrah Development Sdn Bhd


YUSRAHDEVELOPMENT SDN. BHD. menjual dan mengedar komputer dengan harga yang berpatutan

NEW MODEL
* Compaq Presario CQ43-301TU @ ILP RM 1279
* Compaq Presario CQ43-300TX @ ILP RM 1379

Promotion Period : 15th Sep 2011 ~ 30th Sep 2011 or while stock last

INTRODUCING THE LATEST PRICE PROMOTIONS :

* Compaq Presario CQ43-206TU @ ILP RM 1299
* Compaq Presario CQ43-201TX @ ILP RM 1399